Teens4CAP ialah singkatan untuk Teens for Climate Action for Peace. Pertandingan Teens4CAP ini julung kali diadakan dan ditaja oleh The Blue Ribbon (TBR) Global dengan sokongan Sekolah - sekolah UCSI dan Pejabat Sekretariat SDG Kumpulan UCSI pada Disember 2020. Anugerah ini turut disokong oleh ‘Regional Centre of Expertise Greater Kuala Lumpur’ (RCE GKL) , sebuah pusat yang disahkan oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mempromosikan Pendidikan untuk Pembangunan Mampan. Ia menekankan Pendidikan Berkualiti dan Inklusif SDG 4 dan tema UN SDG, "Leave no one behind". Tahun ini, TBR akan sekali lagi membiayai anugerah Hari Tanah Sedunia Kebangsaan 2023. Tema Hari Tanah Sedunia tahun ini ialah "Tanah dan Air: sumber kehidupan ("Soil and Water": a source of life) .Klik Pautan Ini untuk acara tahun lepas.
Kami juga berharap untuk melancarkan semula Anugerah Asia Pasifik Hari Tanah Sedunia 2023 tahun ini. Kami menjangkakan kerjasama dengan negara seperti Singapura, Indonesia, Jepun, Australia dan Korea dalam rantau Asia Pasifik melalui Rangkaian RCE dan WWF rantau Asia Pasifik. Pelajar yang mengambil bahagian di peringkat kebangsaan akan dijemput mewakili Malaysia di peringkat Asia Pasifik pada tahun hadapan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami [email protected]
Ikuti kami di Facebook
Main organisers:
Co-organiser:
Sponsors:
Approved and Supported by Ministry of Education Malaysia (MOE)
Copyright © 2020 UCSI Group Holdings Sdn. Bhd. (904164-U). All Rights Reserved.